Tuesday, March 29, 2011

bab 1

malam yang sepi diulit pula dengan bunyian cengkerik, menghiburkan suasana malam yang sepi lagi sunyi, ditambah pula dengan angin malam yang menusuk kesetiap ruang dan tulang badan yang agak lesu. diikuti pula dengan lagu lagu yang mengusik jiwa, terasa hati dengan baris baris lirik lagu yang secara automatik menyentuh pengalaman yang pernah azie alami. jari jemari azie tidak berhenti menaip, berbagai idea yang datang bermain dipikiran. namun peristiwa yang menyayat hati petang tadi tetap tidak dapat azie lupakan. entah mengapa semakin azie ingin melupakan semakin terkenang kenang peristiwa petang tadi. mungkin kerana kebodohan azie mempercayai lelaki, yang sememangnya tak patut dipercayai. akan azie buktikan kata kata azie sian tadi akan menjadi kenyataan dan bukan gurauan. juga akan azie buktikan tak semua perempuan boleh dan senang diperbodohkan oleh lelaki yang sepatutnya digelarkan JANTAN!. azie keliru dengan perasaannya sekarang, dendam ke?, benci ke?, marah ke?, atau sedih?. azie juga tidak tahu nak buat apa buat masa ni, menangis? ketawa? atau buat tak tahu?. sememangnya azie merasa marah dengan apa yang telah berlaku, namun azie juga tak menafikan yang dia juga berasa sedih kerana kasih sayang yang selama ini dia curahkan kepada seorang insan yang sepatutnya tak layak diberi kasih sayang. setiap tohmahan yang dilemparkan meninggalkan kesan yang mendalam. namun azie masih tidak sampai ketahap anti kaum lelaki. mungkin selepas kejadian tadi azie akan lebih berhati hati untuk memilih pasangan.

kalau difikirkan kembali, ada baiknya mereka menghabiskan hubungan mereka petang tadi. selama ini pun hubungan mereka tak semenarik romeo and juliet. rasanya kucing dan anjing pun kalah dengan hubungan mereka, yang sentiasa berantakan. kesedihan memang ada, namun azie cuba menabahkan hati dengan menaip apa sahaja yang terlintas dipikirannya buat masa itu.

"azie... ada panggilan dari mann....." suara emak mematikan lamunan azie.

"arghhhh insan yang bernama mann lah yang membuat azie jadi begitu."dengan lang yang amat malas dan lemah azie melangkahkan kaki menuju ke meja telefon. tangan merasa amat berat untuk mengapai ganggang telefon, namun dikuatkan juga semangat.
"emmm... nak apa cakap lah cepat..." mula azie dengan suara yang tersekat sekat.
"saya nak awak jangan kacau ernie lagi! memang kitorang couple, so lepas nie saya tak nak awak ganggu hubungan kitorang lagi paham?" amaran yang diberikan amat memeritkan. tanpa membuang masa azie meletakkan ganggang telefon dengan menghempas agak kuat. dengan perasaan yang amat marah dan sedih azie melarikan diri kedalam kamara, dikamar azie menghempaskan tubuhnya ke tilamnya yang empuk. dengan tanpa dipinta air matanya mengalir dengan deras, terasa perit dengan kata kata mann tadi. tak ada hatikah insan itu membuat azie sebegitu?

"jantan sial!!!! semua betina kau nak sapu! lepas sorang sorang kau ambik, kau buat perempuan macam berganti baju...." maki azie sambil membaling teddy bear pemberian mann kelantai.

"lin.. ambik aku pukol 12 nie, aku nak join korang pergi EJ" azie membuat keputusan dengan agak singkat. baginya dengan pergi kelab malam akan dapat menghilangkan keperitan yang dirasainya sekarang.
"okay nanti aku datang ambil. kau okay tak nie?" tanya lin kerana dia mengetahui akan kejadian petang tadi.
"nanti aku citer k take care." azie mematikan talian lalu bersiap siap untuk pergi menghilangkan kebosanan dan kesedihan. bagi dia kini dia boleh buat apa sahaja yang dia suka, kerana dia kembali solo tidak lagi bergantung pada keputusan mann. memang bodoh dulu dia sentiasa mengikuti kata kata mann akhirnya mann tinggalkan dia hanya untuk ernie, seorang kawan yang diharapkan namun telah menjerat dirinya sendiri. salah ernie kah? atau mann? arghhh bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. kemana dia mahu pergi atau apa sahaja yang mahu dilakukan tiada siapa yang akan melarang kecuali familynya sahaja. namun family yang ada pun masih tidak menegurnya kerana mereka tahu azie tak akan menghampakan mereka.

seperti yang dijanjikan tepat jam 12 tengah malam lin datang bersama abang abang nya. memang mereka ke kelab malam namun bersama abang abang lin yang sememangnya sporting. nama nak kuar pergi kelab malam dengan orang lain? hermmmm sorrylah bukan mereka ber2 suka suka ikut orang tak tentu pasal.

"helllo azie... how are u?" mula aril, antara abang lin yang rapat dan sentiasa ambil berat tentang azie.
"hello bro.. im okay but just have small prob..i think i can handle..."balas azie dengan senyuman yang amat pahit dan sememangnya amat pahit untuk tersenyum diwaktu itu.
"kalau dah lepas tu dik, biarkanlah, mungkin bukan jodoh you alls, mana tahu malam ni adik dapat yang lebih baik dari dia." balas aril yang juga mengetahui kejadian petang tadi dan juga segala masalah azie dia akan tahu kerana azie akan kongsi dengannya. dan dia jugalah penasihat azie.
"ko ok kita lupakan masalah ni seketika, yang penting malam ni kita enjoy. "balas daniel abang lin juga, daniel seorang yang memang tak suka memikirkan masalah. ada masalah pun buat tak tahu sahaja itulah daniel namanya. azie hanya tersenyum pahit, kerana baginya buat masa ni memang tiada senyuman yang manis dapat diberikan. dalam perjalanan bermacam macam topik menjadi perbualan mereka, azie hanya mendiamkan diri sahaja, mereka ketawe azie pun ikutlah ketawe. kerana baginya tiada yang menarik perbualan mereka kerana otaknya tidak ligat dimalam itu.....

No comments:

Post a Comment