Saturday, May 14, 2011

bab 6

setelah mendapat panggilan dari ernie desmond melangkah pergi meninggalkan hospital begitu sahaja untuk setalkan masalahnya bersama ernie. ernie tak habis habis menggangu hubungannya bersama azie. kali ini desmond bertekad untuk selesaikan semuanya. kerana dia sudah tidak mahu hubungannya bersama azie berantakan kerana wanita yang x malu itu. tibanya dipantai danga bay... ernie terlebih dahulu sudah tiba dengan muka yang menggoda.

"hai sayang..." ernie memeluk pinggang desmond lalu ditolak oleh desmond dengan perasaan yang amat mara.

"kau nak apa lagi?" tengking desmond tanpa melihat wajah ernie. ernie tersenyum sini..

"kenapa? aku tak boleh jumpa kau ke? bukan ke masa kau dengan azie ada masalah kau cari aku? hey sedarlah sikit agama kita berbeza dengan dia....."


"tutup mulutkau sebelom aku tutup kan. kau panggil aku hanya kerana nak hancurkan hubungan kitorang ke?" desmond hilang sabar dengan perangai ernie yang semakin menjadi.

"tak.. aku cuma nak bagitahu yang aku pregnant anak kau!" wajah desmond serta merta menjadi merah. ditatapnya wajah ernie untuk mendapatkan kepastian. teringat akan peristiwa malam azie kemalangan desmond bersama ernie pergi kekedai makan namun tidak ingat pula yang dia pernah bersama ernie disebuah hotel.. mungkin ini perangkap ernie.

"kau perangkap aku malam tu? aah kau lupa ye? yang kau sudah meratah tubuh aku?"ernie mengeluarkan sekeping gambar yang telah diambilnya dimalam itu sebagai bahan bukti.

"jahanam kau!" satu tamparan hinggap diwajah ernie. lalu desmond menigggalkan ernie keseorangan.



didalam kereta desmond berkali kali menumbuk stereng keretanya kerana merasa sebanl... gambar yang tadinya ditatap dengan perasaan marah lalu meletakkannya didalam box keretanya. pikirannya waras waktu itu. dalam keadaan marah telefon bimbitnya berdering lalu ditatap nomber yang terpapar.. nama azie terpapar... desmond menarik nafas dengan dalam supaya azie tidak terhidu akan perasaannya waktu itu...


"hello sayang kat mana? azie dah balik hospital taw tapi des tak ada pun...." suara manja azie membuatkan desmond tenang seketika....

"maaf sayang... tadi saya bawa mak pergi kedai beli keperluan apur... jap lagi saya sampai kita pergi makan k...."


setelah tiba dirumah azie, azie sedia menanti diruangan tamu. azie kelihatan ayu dengan berbaju kurung dimalam itu. mereka mengambil keputusan untuk makan mcdonals kegemaran azie.


sedang dalam perjalanan desmond ingin ketandas lalu dihentikannya kereta dipetronas.. membiarkan azie didalam kereta yang sememangnya menanti dengan sabar walau perutnya sudah berkali kali berbunyi...



dimalam itu mereka menghabiskan masa bersama. setelah selesai makan mereka menuju kepantai danga bay memang azie suka menikmati keindahan malam dengan menyaksikan bulan dan bintang hatinya menjadi tenang. desmond pula bersama azie tiada rasa perasaan marah.. kerana melihat wajah azie yang tenang hatinya mnjadi semakin tenang.. senyuman manis azie tetap dihatinya.

bab 5

masih didalam hospital... azie yang lena tidur tiba2 didatangi mimpi ngeri iaitu kejadian hitam yang menimpa dirinya dimalam itu. membuatkan badan azie berpeluh peluh.. desmond yang kebetulan hadir untuk melihat perkembangannya terkejut dan hanya memerhati azie....

"ha......" akhirnya azie tersedar dari mimpi ngerinya. dia beristigfar banyak... dan menutup mukanya dengan 2telapak tangannya. tak mahu perkara itu berulang lagi.

"awak..." desmond menyentuh lembut bahu azie.. namun ditepis oleh azie dengan agak kuat. wajah azie kelihatan marah.
"kau sape? berani menyentuh bahu aku?" suaranya agak garang.. desmond percaya azie pasti dalam trauma lagi...

"awak saya desmond.. awak mesti ingat kan saya kan? saya bukan orang jahat seperti...." desmond tidak dapat meneruskan ayatnya kerana azie terus memeluk tubuhnya lalu menangis sekuat hatinya.... desmond membiarkan azie menangis semahunya mungkin boleh mengurangkan trauma yang membelengunya..


"mana awak dimalam tu? saya memerlukan awak... saya jerit nama awak tapi awak tak ada... yang ada abang ariel... dia juga kena pukol dengan orang jahat.. saya takut awak...... saya takut......" semakin erat azie memeluk tubuh desmond, dengan air mata yang berlinangan tanpa hentinya. tibalah peranan desmond untuk menenang kan azie. dia tahu apa yang berlaku pada azie mungkin susah untuk azie lupakan.


prestasi kesihatan azie semakin pulih maka diptetang itu dokter mengizinkan azie keluar hospital dan mendapat cuti sakit lagi selama seminggu. ariel yang membayarkan bil hospital kerana merasa bersalah terhadap azie juga menghantar pulang kerana family azie sudah menanti dirumah dan desmond pula ada hal yang perlu disetalkan....


tiba dirumah azie terus masuk kekamar yang dirinduinya. dia juga tidak berdendam dengan ariel kerana bukan ariel sengaja melakukan perkara tersebut. semua yang terjadi perkara yang tak dijangka... maka azie tidak menyalahkan ariel.

dikamar azie terlena diatas katilnya yang empuk. mungkin kesan ubat dihospital tadi membuatkan azie mengantuk.... ariel yang menatap wajah ayu azie didalam lena menarik nafas lega setelah melihat azie sihatdan semain pulih. namun hatinya muskhil dengan desmond yang tiba2 ada masalah perlu disetalkan. kerana panggilan telefon yang diterima oleh desmond bagai ada benda yang betol2 mustahak. apakah desmond ada masalah? anak muda itu perahsia.. mungkin dia akan mencungkil masalah desmond kerana kalau boleh dibantu dia akan membantu.

bab 4

dipagi yg suram itu.. keadaan hospital agak kelam kabut setelah azie yang sudah 2 hari tidak sedarkan diri tiba2 diserang asma... desmond juga family azie yang ada.. merasa takut dengan keadaan azie.. bimbang kalau azie terjadi apa2...
tidak smpai berapa minit dokter yang bertugas merawat azie, keadaan azie menjadi tenang semula... namun masih tidak sedarkan diri.... kata dokter azie tidak sedarkan diri kerana emosi yang takut.. azie memerlukan bimbingan seseorang yang boleh membuat dia kembali bersemangat.....

areil yang dari tadi hanya mundar mandir menanti akan kesedaran azie, semakin dihimpit rasa bersalah. walau family zie tidak menyalahkannya namun baginya kerana dialah azie terlantar diatas katil itu. desmond pula setia menanti azie sepanjang azie dihospital. tidak dilepaskan azie begitu dan sabar menanti kesedaran azie. air mata semua yang hadir sudah pasti kering menanti kesedaran azie. ibu azie pula sudah mula lesu mungkin keletihan menanti azie.


"awak... bangunlah awak... kitorang rindukan awak... senyum awak.. hilai tawa awak... kenakalan awak.... awak ingat tak kat ibu awak? dia penat menanti awak... kami janji bila awak sedar kitorang akan layan kerenah awak.. tak kan abaikan awak... awak... saya janji kalau awak sedar... bila awak dah sembuh.. saya bawa awak jalan2 kat pantai... awak suka pantai kan? awak sedarlah..... jangan lemah semangat... awak kena bangkit kembali.. bangun dari duka semalam..... awak kan nak sekolah..... nak berjaya dalam spm kan? kalau awak mcm nie macam mana nak berjaya? banyak pelajaran awak akan ketinggalan... sedar awak......" sudah 2 hari desmond memujuk azie untuk bangun bukan desmond sahaja melakukan sebigu.. family azie juga melakukan begitu... namun azie tetap tidak sedar..... namun desmond setia menanti azie...


"mak cik... mak cik baliklah dulu.. biar saya jaga dia. kalau dia sedar saya telefon mak cik.."

"tak apalah des.... mak cik tak nak susahkan kamu... dah berapa hari kamu menanti dia... biarlah mak cik jaga dia hari ini."

"tak apalah mak cik... saya memang tak kisah jaga dia.. mak cik tu nanti jatuh sakit pula...." akhirnya ibu azie akur dengan kata2 desmond...


setelah semua orang balik tinggallah desmond menanti kesedaran azie dengan penuh kesabaran.. ditatapnya wajah lesu azie, tak sanggup melihat azie semakin terseksa dengan kesakitan yang ditanggung... desmond duduk disisi azie dengan perasaan yg sedih kerana tidak tahu sampai bila dia harus menatap azie yang tidak sedar diatas katil itu.....akhirnya desmond terlelap disisi azie.


sedang desmond tidur jari azie bergerak seakan dia kembali sedar.. desmond tersedar akan pergerakan jari azie.. lalu memanggil dokter yang bertugas untuk merawat azie.
desmond bersyukur kerana azie sudah sedar lalu menelefon ibu azie seperti yang dijanjikan.


namun kegembiraan tidak berpanjangan kerana azie meronta2 bila melihat wajah desmond juga wajah ariel yang cuba mendekatinya.. kata dokter akibat kemalangan hari itu azie mengalami fobia...

namun ibu azie dapat memujuk azie dan menenangkan azie. mungkin azie perlu masa untuk pulih sepenuhnya. namun mereka tetap bersyukur kerana azie sudah sedar.... dengan kesedaran azie itu mereka menarik nafas lega.....