Monday, July 11, 2011

bab 9

setelah kejadian tempoh hari hidup desmond tak lagi ceria seperti dahulu, hari2 dia bertandang dirumah azie untuk menjelaskan kedudukan, namun azie tetap dengan keputusannya untuk tidak berjumpa dengannya.... mungkin azie sudah membencinya. dia akur jika azie membencinya namun hatinya tidak tenang sekiranya dia tidak berjumpa dengan azie, dia tahu betapa kecewanya azie. apa yang berlaku family desmond sudah mengetahui segalanya. familynya meminta dia bertanggungjawab kerana tidak mahu mendapat malu. desmond tidak mampu mebuat keputusan kerana dia tetap sayang azie dan ernie hanya bayangan yang menyeramkan.



dikamar yang sepi aziie termenung seorang diri, tidak mampu berfikir apa, sejak kejadian tempoh hari, hidupnya menjadi suram tanpa cahaya. dipetang itu azie membuat keputusan untuk pergi ketaman bunga untu mengembalikan semua semangatnya yang sudah hilang.



ditaman bunga inilah tempat terlukisnya segala kenangan mereka. azie yang lemah hanya duduk dikerusi yang selalu menjadi tempat mereka. sedang azie melihat sekeliling dengan pandangan yang kosong. pelangi muncul dengan tidak disangka azie tersenyum melihat pelangi yang berwarna warni...

"saya rindu senyuman awak...." azie memandang wajah desmond yang berada disisinya....
"apa yang awak rindu tak mungkin kembali" azie menjadi semakin pilu dengan kehadiran insan yang dirinduinya.....
"saya minta maaf kerana hilangkan senyuman awak" desmond tidak mampu berkata lagi kerana dia tahu kekecewaan yang ditanggung azie.
"so apa keputusan awak dan apa rancangan awak?"
"family minta saya bertanggungjawab..." ringkas jawapan demond
"memang itu yang patut awak lakukam.... des... tipulah kalau saya kata saya tak terkilan... awak pun tahu perasaan saya macam mana kan? saya harap awak bertanggungjawab atas apa yang sudah awak lakukan... tak kiralah awak sengaja atau tidak ianya sudah menjadi tanggungjawab awak.... saya harap aku akan berfikir dengan penuh kematangan... kasihan pada bayi itu nanti...." desmond bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh azie. begitu tabahnya azie.

"awak tapi saya sayangkan awak..." desmon masih tidak mampu untuk melepaskan azie kpi kerana hatinya hanya ada azie....

"awak cinta tak semestinya bersatu.... awak kena tahu tanggungjwab lebih penting dari ini... mungkin awak sayang saya tapi kita kena fikir dari sudut yang berbeza... maafkan saya..."

azie berlalu pergi dengan langkah yang lemah.. desmond tak mampu untuk menghalang lagi.

bab 8

setelah beberapa tahun belajar akhirnya dihari ini bermulalah detik cemas bagi pelajar spm, x terkecuali azie, desmond, ernie dan yang lain sedang menduduki ujian spm.... perot ernie yang semakin besar tak dapat dielakkan lagi... namun ernie tidak berdiam dia pasti rakan2 yg lain sudah mula perasaan akan keadaan perotnya, dia akan berterus terang bila orang bertanya kerana dia mahu semua tahu anak siapa didalam kandungannya. saat itu desmond tidak boleh mengelak lagi..... dia pasti desmond akan tewas dalam peperangan ini.




setelah 3minggu berperang dengan soalan2 spm akhirnya mereka bebas dari alam persekolahan. sedang azie berbual dengan desmon dan rakan2 lain ernie menghampiri mereka...
"azie..... aku nak minta maaf pada kau, aku tahu aku banyak buat salah pada kau..." desmond semakin gelisah dengan ketibaan ernie....

"tak apalah ernie aku dah maafkan dan dah lama aku lupakan... kita buang yang keruh dan ambil yang jernih ye...." begitulah azie yang sentiasa memaafkan kesilapan org lain.

"aku dah sedar sekarang azie..." ernie membuat muka memohon simpati sambil mengusap perutnya supaya azie terlihat akan perut nya.

"ernie boleh aku bertanya?" ernie menatap wajah azie dengan penuh kelembutan.
"anak siapa yang kau kandung kan? maafkan aku sekiranya soalan aku nie membuat kau terluka...." desmond bagai tertampar dengan soalan yang diaju oleh azie.
"anak ini.... anak kekasih hati kau...." laju sahaja ernie membalas. azie yang mendengar akan jawapan diberikan bagaikan terhenti jantungnya.
"kau jangan bergurau ernie.. ini soal maruah..." air mata mula berlinangan dipipinya wajah desmond ditatap dengan hati yang penuh kecewa....
"aku tahu ini soal maruah.... tapi tak kan aku nak jatuh kan maruah aku dan desmond sedangkan bayi ini tidak bersalah azie. aku tak mungkin buat hal ini gurauan..." ernie masih berlembut kerana dia tahu musuhnya sudah lemah dengan permainan yang cekap.


"tidakkkk desmond tak kan lakukan ni semua.... awak... tolong cakap kat saya yang dia tipu saya....." azie tidak dapat kawal perasaannya.... desmond hanya membatukan diri....

"azie ini semua betol" ernie memberi kepastian lagi dia bahagia melihat azie kecewa

"awak..... saya tak sangka awak buat macam nie. awak kata awak tak macam tu... kenapa jadi macam nie kenapa awak hancurkan hati saya....." azie berlalu pergi dengan hati yg sangat kecewa..... tak sangka insan yang amat dipercayainya selami ini adalah insan yang buaya dan tak boleh dipercayai.... punah semua impian musnah segala kenangan... hancur segala perasaannya..... hatinya menjadi kosong... air mata sebagai peneman.....

bab 7

semakin hari ernie semakin meluat melihat kemesraan desmond bersama azie, bagaikan nak buta matanya melihat kemesraan mereka.... dan dia akan pastikan rancangannya kali ini akan berjaya. desmond juga akan berada didalam genggamannya dan azie akan beputih mata. perasaan iri hatinya menjadi jadi apabila mengetahui keluarha desmond juga meretui hubungan mereka. ernie terkilan apabila dia mengetahui yang desmond akan memeluk agama islam sebaik sahaja habis sekolah. dari kecil mereka bersama dan dari kecil ernie hanya menyayangi desmond namun tidak dihargai oleh desmond wanita seperti azie juga menjadi pilihannya. namun ernie tetap akan mendapatkan desmond.



dipetang yang damai itu desmond bersama azie menunaikan hasrat masing2 untuk berjoging di taman bunga. lama rasanya mereka tidak menghabiskan masa petang mereka dengan beriadah ditaman bunga yg penuh dengan kenangan mereka. dihari ini petang yg damai membuatkan mereka sekali lagi melukis kenangan bersama petang yg indah....


"des.... jap lah tunggu saya penat...." rayu azie yg tertinggal dibelakang desmond.
"tak kan dh pancit..... selalu awak yang terror dari saya...." desmond mengelap peluhnya menggunakan tuala yg sememangnya berada dilehernya.
"awak.... sebenarnya saya nak tunggu pelangi...." desmond kehairanan dengan ayat azie...
"awak nie mcm taw jerk pelangi nak kuar...." azie tersenyum mengerti akan maksud desmond..

"awak tengok tak keadaan awan yg menguning nie? mak saya cakap kalau cuaca kekuningan begini maknanya pelangi nak kuar.... kita tunggu lah tengok ada tak pelangi keluar...." desmond tahu azie akan berdegil dan akan merajuk jika permintaannya tak ditunaikan....


tak lama kemudian sedang mereka duduk rehat dikerusi yg sedia ada senyuman azie menjadi semakin manis dan lebar setelah melihat warna2 pelangi yg semakin menerang....

"awakkkk tengoklah 2..... pelangi... betol kata mak sayakan.... awak cantiknya pelangi tu....."
"kebetulan jerk lah awak nie... tp awak pun cantik juga..."
azie menentang mata desmond dengan pandangan yang lembut...
"awak saya harap hubungan kita akan secantik pelangi..." desmond serba salah tehadap azie, azie masih tidak tahu apa yang berlaku padanya bersama ernie. desmond juga tahu satu hari nanti ernie pasti akan membongkarkan rahsia..... desmond tak sanggup melihat azie kecewa. dia tak mahu azie masuk hospital lagi kerana stres.. sesungguhnya azie paling berharga baginya.

"awak...." desmond tersedar dari lamunan.
"awak kenapa nie penat yerk? jom balik... pelangi pun dh hilang..." desmond hanya mendiam diri kerana tidak tahu tindakan apa yg harus dilakukan saat ini.



dikamar yang suram desmond keseorangan membatukan diri.. dikepalanya berpikir akan kesilapannya bersama ernie... pasti dia akan kehilangan azie. dia tak sanggup kehilangan insan yang amat beerti dan berharga dalam hidupnya. hanya azie insan yang berada dihatinya....