Monday, July 11, 2011

bab 9

setelah kejadian tempoh hari hidup desmond tak lagi ceria seperti dahulu, hari2 dia bertandang dirumah azie untuk menjelaskan kedudukan, namun azie tetap dengan keputusannya untuk tidak berjumpa dengannya.... mungkin azie sudah membencinya. dia akur jika azie membencinya namun hatinya tidak tenang sekiranya dia tidak berjumpa dengan azie, dia tahu betapa kecewanya azie. apa yang berlaku family desmond sudah mengetahui segalanya. familynya meminta dia bertanggungjawab kerana tidak mahu mendapat malu. desmond tidak mampu mebuat keputusan kerana dia tetap sayang azie dan ernie hanya bayangan yang menyeramkan.



dikamar yang sepi aziie termenung seorang diri, tidak mampu berfikir apa, sejak kejadian tempoh hari, hidupnya menjadi suram tanpa cahaya. dipetang itu azie membuat keputusan untuk pergi ketaman bunga untu mengembalikan semua semangatnya yang sudah hilang.



ditaman bunga inilah tempat terlukisnya segala kenangan mereka. azie yang lemah hanya duduk dikerusi yang selalu menjadi tempat mereka. sedang azie melihat sekeliling dengan pandangan yang kosong. pelangi muncul dengan tidak disangka azie tersenyum melihat pelangi yang berwarna warni...

"saya rindu senyuman awak...." azie memandang wajah desmond yang berada disisinya....
"apa yang awak rindu tak mungkin kembali" azie menjadi semakin pilu dengan kehadiran insan yang dirinduinya.....
"saya minta maaf kerana hilangkan senyuman awak" desmond tidak mampu berkata lagi kerana dia tahu kekecewaan yang ditanggung azie.
"so apa keputusan awak dan apa rancangan awak?"
"family minta saya bertanggungjawab..." ringkas jawapan demond
"memang itu yang patut awak lakukam.... des... tipulah kalau saya kata saya tak terkilan... awak pun tahu perasaan saya macam mana kan? saya harap awak bertanggungjawab atas apa yang sudah awak lakukan... tak kiralah awak sengaja atau tidak ianya sudah menjadi tanggungjawab awak.... saya harap aku akan berfikir dengan penuh kematangan... kasihan pada bayi itu nanti...." desmond bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh azie. begitu tabahnya azie.

"awak tapi saya sayangkan awak..." desmon masih tidak mampu untuk melepaskan azie kpi kerana hatinya hanya ada azie....

"awak cinta tak semestinya bersatu.... awak kena tahu tanggungjwab lebih penting dari ini... mungkin awak sayang saya tapi kita kena fikir dari sudut yang berbeza... maafkan saya..."

azie berlalu pergi dengan langkah yang lemah.. desmond tak mampu untuk menghalang lagi.

No comments:

Post a Comment