Saturday, August 13, 2011

bab 10

perpisahan itu amat mengecewakan..... hati azie masih lagi mengingati kisahnya bersama desmond... bagaimana harus dilupakan kisah percintaan yg pertama kali dirasanya dalam hidup nya yang bergelar remaja..... desmond awak mengajar saya erti rindu,sayang, benci, sakit, kecewa dan bahagia... kali ini kita kena akur dengan takdir yang tersurat untuk hubungan kita..... mungkin antara kita x ada jodoh... namun sebagai seorang wanita yang pernah awak membahagiakan.... setentunya kebahagiaan awak juga adalah sebahagiaan dari hidup saya... desmond... maaf kan saya kali ini saya harus pergi.... walau tanpa rela dihati namun ini lah kenyataan yg haru kita lalui..... kenangan kita x akan saya lupakan kerana itulah harta berharga untuk saya... terima kasih kerana pernah hadir menerangi hidup saya....



hari2 azie kini hanya merintih dijendela sepi.... sudah berbulan mereka tidak berjumpa dan selama tempoh itu berbagai cara yang azie cuba lakukan untuk tidak mengingati desmond... namun pantang ada ruang untuk merehat seketika pasti bayangan desmond muncul tanpa diduga....




tibalah masanya keputusan spm keluar dihari itu.... azie dan rakan yang lain melangkah kaki dengan penuh debaran kedalam sekolah.... masing2 berdebar dengan keputusan spm masing2 bimbang dihati hanya tuhan yang tahu...


"eh tengok tue desmond lah..... dia dokong baby comelnya baby tue...." lamunan azie terhenti tatkala melihat desmond bersama ernie bertambah sayu melihat desmond mendokong seorang baby..... desmond dan ernie melangkah kehadapan untuk menuju pada azie, azie hanya membatukan diri......


"hai azie...." ernie memulakan perbicaraan sedangkan dihatinya gembira melihat kejatuhan azie....



"hai..." sepatah sahaja yang azie mampu menjawab


"ohhh ye kenal kan qistina anak kami...." dengan bagga ernie memperkenalkan anak yang berada dalam gendongan desmon...

"ohhh tahnia dan comel...." azie berlalu pergi kerana tak sanggup melihat mereka dengan penuh kepuraan azie mengagahkan kakinya....



kali ini betol... betol azie sudah tewas dengan perasaannya sendiri... mulai hari itu azie bertekad melupakan desmond kerana dia sedar desmond sudah dimiliki oleh insan lain... dia bahagia melihat desmond bertanggungjawab atas perbuatannya.....



semoga desmond mengerti akan pemergiaannya bukan kerana benci tapi kerana dia bahagia melihat sikap desmond... dan ernie itu bukan dendam baginya mungkin ini terbaik untuk mereka semua...... lalu azie melangkah pergi meninggalkan kenangan yang bukan miliknya lagi....



tamat

Monday, July 11, 2011

bab 9

setelah kejadian tempoh hari hidup desmond tak lagi ceria seperti dahulu, hari2 dia bertandang dirumah azie untuk menjelaskan kedudukan, namun azie tetap dengan keputusannya untuk tidak berjumpa dengannya.... mungkin azie sudah membencinya. dia akur jika azie membencinya namun hatinya tidak tenang sekiranya dia tidak berjumpa dengan azie, dia tahu betapa kecewanya azie. apa yang berlaku family desmond sudah mengetahui segalanya. familynya meminta dia bertanggungjawab kerana tidak mahu mendapat malu. desmond tidak mampu mebuat keputusan kerana dia tetap sayang azie dan ernie hanya bayangan yang menyeramkan.



dikamar yang sepi aziie termenung seorang diri, tidak mampu berfikir apa, sejak kejadian tempoh hari, hidupnya menjadi suram tanpa cahaya. dipetang itu azie membuat keputusan untuk pergi ketaman bunga untu mengembalikan semua semangatnya yang sudah hilang.



ditaman bunga inilah tempat terlukisnya segala kenangan mereka. azie yang lemah hanya duduk dikerusi yang selalu menjadi tempat mereka. sedang azie melihat sekeliling dengan pandangan yang kosong. pelangi muncul dengan tidak disangka azie tersenyum melihat pelangi yang berwarna warni...

"saya rindu senyuman awak...." azie memandang wajah desmond yang berada disisinya....
"apa yang awak rindu tak mungkin kembali" azie menjadi semakin pilu dengan kehadiran insan yang dirinduinya.....
"saya minta maaf kerana hilangkan senyuman awak" desmond tidak mampu berkata lagi kerana dia tahu kekecewaan yang ditanggung azie.
"so apa keputusan awak dan apa rancangan awak?"
"family minta saya bertanggungjawab..." ringkas jawapan demond
"memang itu yang patut awak lakukam.... des... tipulah kalau saya kata saya tak terkilan... awak pun tahu perasaan saya macam mana kan? saya harap awak bertanggungjawab atas apa yang sudah awak lakukan... tak kiralah awak sengaja atau tidak ianya sudah menjadi tanggungjawab awak.... saya harap aku akan berfikir dengan penuh kematangan... kasihan pada bayi itu nanti...." desmond bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh azie. begitu tabahnya azie.

"awak tapi saya sayangkan awak..." desmon masih tidak mampu untuk melepaskan azie kpi kerana hatinya hanya ada azie....

"awak cinta tak semestinya bersatu.... awak kena tahu tanggungjwab lebih penting dari ini... mungkin awak sayang saya tapi kita kena fikir dari sudut yang berbeza... maafkan saya..."

azie berlalu pergi dengan langkah yang lemah.. desmond tak mampu untuk menghalang lagi.

bab 8

setelah beberapa tahun belajar akhirnya dihari ini bermulalah detik cemas bagi pelajar spm, x terkecuali azie, desmond, ernie dan yang lain sedang menduduki ujian spm.... perot ernie yang semakin besar tak dapat dielakkan lagi... namun ernie tidak berdiam dia pasti rakan2 yg lain sudah mula perasaan akan keadaan perotnya, dia akan berterus terang bila orang bertanya kerana dia mahu semua tahu anak siapa didalam kandungannya. saat itu desmond tidak boleh mengelak lagi..... dia pasti desmond akan tewas dalam peperangan ini.




setelah 3minggu berperang dengan soalan2 spm akhirnya mereka bebas dari alam persekolahan. sedang azie berbual dengan desmon dan rakan2 lain ernie menghampiri mereka...
"azie..... aku nak minta maaf pada kau, aku tahu aku banyak buat salah pada kau..." desmond semakin gelisah dengan ketibaan ernie....

"tak apalah ernie aku dah maafkan dan dah lama aku lupakan... kita buang yang keruh dan ambil yang jernih ye...." begitulah azie yang sentiasa memaafkan kesilapan org lain.

"aku dah sedar sekarang azie..." ernie membuat muka memohon simpati sambil mengusap perutnya supaya azie terlihat akan perut nya.

"ernie boleh aku bertanya?" ernie menatap wajah azie dengan penuh kelembutan.
"anak siapa yang kau kandung kan? maafkan aku sekiranya soalan aku nie membuat kau terluka...." desmond bagai tertampar dengan soalan yang diaju oleh azie.
"anak ini.... anak kekasih hati kau...." laju sahaja ernie membalas. azie yang mendengar akan jawapan diberikan bagaikan terhenti jantungnya.
"kau jangan bergurau ernie.. ini soal maruah..." air mata mula berlinangan dipipinya wajah desmond ditatap dengan hati yang penuh kecewa....
"aku tahu ini soal maruah.... tapi tak kan aku nak jatuh kan maruah aku dan desmond sedangkan bayi ini tidak bersalah azie. aku tak mungkin buat hal ini gurauan..." ernie masih berlembut kerana dia tahu musuhnya sudah lemah dengan permainan yang cekap.


"tidakkkk desmond tak kan lakukan ni semua.... awak... tolong cakap kat saya yang dia tipu saya....." azie tidak dapat kawal perasaannya.... desmond hanya membatukan diri....

"azie ini semua betol" ernie memberi kepastian lagi dia bahagia melihat azie kecewa

"awak..... saya tak sangka awak buat macam nie. awak kata awak tak macam tu... kenapa jadi macam nie kenapa awak hancurkan hati saya....." azie berlalu pergi dengan hati yg sangat kecewa..... tak sangka insan yang amat dipercayainya selami ini adalah insan yang buaya dan tak boleh dipercayai.... punah semua impian musnah segala kenangan... hancur segala perasaannya..... hatinya menjadi kosong... air mata sebagai peneman.....

bab 7

semakin hari ernie semakin meluat melihat kemesraan desmond bersama azie, bagaikan nak buta matanya melihat kemesraan mereka.... dan dia akan pastikan rancangannya kali ini akan berjaya. desmond juga akan berada didalam genggamannya dan azie akan beputih mata. perasaan iri hatinya menjadi jadi apabila mengetahui keluarha desmond juga meretui hubungan mereka. ernie terkilan apabila dia mengetahui yang desmond akan memeluk agama islam sebaik sahaja habis sekolah. dari kecil mereka bersama dan dari kecil ernie hanya menyayangi desmond namun tidak dihargai oleh desmond wanita seperti azie juga menjadi pilihannya. namun ernie tetap akan mendapatkan desmond.



dipetang yang damai itu desmond bersama azie menunaikan hasrat masing2 untuk berjoging di taman bunga. lama rasanya mereka tidak menghabiskan masa petang mereka dengan beriadah ditaman bunga yg penuh dengan kenangan mereka. dihari ini petang yg damai membuatkan mereka sekali lagi melukis kenangan bersama petang yg indah....


"des.... jap lah tunggu saya penat...." rayu azie yg tertinggal dibelakang desmond.
"tak kan dh pancit..... selalu awak yang terror dari saya...." desmond mengelap peluhnya menggunakan tuala yg sememangnya berada dilehernya.
"awak.... sebenarnya saya nak tunggu pelangi...." desmond kehairanan dengan ayat azie...
"awak nie mcm taw jerk pelangi nak kuar...." azie tersenyum mengerti akan maksud desmond..

"awak tengok tak keadaan awan yg menguning nie? mak saya cakap kalau cuaca kekuningan begini maknanya pelangi nak kuar.... kita tunggu lah tengok ada tak pelangi keluar...." desmond tahu azie akan berdegil dan akan merajuk jika permintaannya tak ditunaikan....


tak lama kemudian sedang mereka duduk rehat dikerusi yg sedia ada senyuman azie menjadi semakin manis dan lebar setelah melihat warna2 pelangi yg semakin menerang....

"awakkkk tengoklah 2..... pelangi... betol kata mak sayakan.... awak cantiknya pelangi tu....."
"kebetulan jerk lah awak nie... tp awak pun cantik juga..."
azie menentang mata desmond dengan pandangan yang lembut...
"awak saya harap hubungan kita akan secantik pelangi..." desmond serba salah tehadap azie, azie masih tidak tahu apa yang berlaku padanya bersama ernie. desmond juga tahu satu hari nanti ernie pasti akan membongkarkan rahsia..... desmond tak sanggup melihat azie kecewa. dia tak mahu azie masuk hospital lagi kerana stres.. sesungguhnya azie paling berharga baginya.

"awak...." desmond tersedar dari lamunan.
"awak kenapa nie penat yerk? jom balik... pelangi pun dh hilang..." desmond hanya mendiam diri kerana tidak tahu tindakan apa yg harus dilakukan saat ini.



dikamar yang suram desmond keseorangan membatukan diri.. dikepalanya berpikir akan kesilapannya bersama ernie... pasti dia akan kehilangan azie. dia tak sanggup kehilangan insan yang amat beerti dan berharga dalam hidupnya. hanya azie insan yang berada dihatinya....

Saturday, May 14, 2011

bab 6

setelah mendapat panggilan dari ernie desmond melangkah pergi meninggalkan hospital begitu sahaja untuk setalkan masalahnya bersama ernie. ernie tak habis habis menggangu hubungannya bersama azie. kali ini desmond bertekad untuk selesaikan semuanya. kerana dia sudah tidak mahu hubungannya bersama azie berantakan kerana wanita yang x malu itu. tibanya dipantai danga bay... ernie terlebih dahulu sudah tiba dengan muka yang menggoda.

"hai sayang..." ernie memeluk pinggang desmond lalu ditolak oleh desmond dengan perasaan yang amat mara.

"kau nak apa lagi?" tengking desmond tanpa melihat wajah ernie. ernie tersenyum sini..

"kenapa? aku tak boleh jumpa kau ke? bukan ke masa kau dengan azie ada masalah kau cari aku? hey sedarlah sikit agama kita berbeza dengan dia....."


"tutup mulutkau sebelom aku tutup kan. kau panggil aku hanya kerana nak hancurkan hubungan kitorang ke?" desmond hilang sabar dengan perangai ernie yang semakin menjadi.

"tak.. aku cuma nak bagitahu yang aku pregnant anak kau!" wajah desmond serta merta menjadi merah. ditatapnya wajah ernie untuk mendapatkan kepastian. teringat akan peristiwa malam azie kemalangan desmond bersama ernie pergi kekedai makan namun tidak ingat pula yang dia pernah bersama ernie disebuah hotel.. mungkin ini perangkap ernie.

"kau perangkap aku malam tu? aah kau lupa ye? yang kau sudah meratah tubuh aku?"ernie mengeluarkan sekeping gambar yang telah diambilnya dimalam itu sebagai bahan bukti.

"jahanam kau!" satu tamparan hinggap diwajah ernie. lalu desmond menigggalkan ernie keseorangan.



didalam kereta desmond berkali kali menumbuk stereng keretanya kerana merasa sebanl... gambar yang tadinya ditatap dengan perasaan marah lalu meletakkannya didalam box keretanya. pikirannya waras waktu itu. dalam keadaan marah telefon bimbitnya berdering lalu ditatap nomber yang terpapar.. nama azie terpapar... desmond menarik nafas dengan dalam supaya azie tidak terhidu akan perasaannya waktu itu...


"hello sayang kat mana? azie dah balik hospital taw tapi des tak ada pun...." suara manja azie membuatkan desmond tenang seketika....

"maaf sayang... tadi saya bawa mak pergi kedai beli keperluan apur... jap lagi saya sampai kita pergi makan k...."


setelah tiba dirumah azie, azie sedia menanti diruangan tamu. azie kelihatan ayu dengan berbaju kurung dimalam itu. mereka mengambil keputusan untuk makan mcdonals kegemaran azie.


sedang dalam perjalanan desmond ingin ketandas lalu dihentikannya kereta dipetronas.. membiarkan azie didalam kereta yang sememangnya menanti dengan sabar walau perutnya sudah berkali kali berbunyi...



dimalam itu mereka menghabiskan masa bersama. setelah selesai makan mereka menuju kepantai danga bay memang azie suka menikmati keindahan malam dengan menyaksikan bulan dan bintang hatinya menjadi tenang. desmond pula bersama azie tiada rasa perasaan marah.. kerana melihat wajah azie yang tenang hatinya mnjadi semakin tenang.. senyuman manis azie tetap dihatinya.

bab 5

masih didalam hospital... azie yang lena tidur tiba2 didatangi mimpi ngeri iaitu kejadian hitam yang menimpa dirinya dimalam itu. membuatkan badan azie berpeluh peluh.. desmond yang kebetulan hadir untuk melihat perkembangannya terkejut dan hanya memerhati azie....

"ha......" akhirnya azie tersedar dari mimpi ngerinya. dia beristigfar banyak... dan menutup mukanya dengan 2telapak tangannya. tak mahu perkara itu berulang lagi.

"awak..." desmond menyentuh lembut bahu azie.. namun ditepis oleh azie dengan agak kuat. wajah azie kelihatan marah.
"kau sape? berani menyentuh bahu aku?" suaranya agak garang.. desmond percaya azie pasti dalam trauma lagi...

"awak saya desmond.. awak mesti ingat kan saya kan? saya bukan orang jahat seperti...." desmond tidak dapat meneruskan ayatnya kerana azie terus memeluk tubuhnya lalu menangis sekuat hatinya.... desmond membiarkan azie menangis semahunya mungkin boleh mengurangkan trauma yang membelengunya..


"mana awak dimalam tu? saya memerlukan awak... saya jerit nama awak tapi awak tak ada... yang ada abang ariel... dia juga kena pukol dengan orang jahat.. saya takut awak...... saya takut......" semakin erat azie memeluk tubuh desmond, dengan air mata yang berlinangan tanpa hentinya. tibalah peranan desmond untuk menenang kan azie. dia tahu apa yang berlaku pada azie mungkin susah untuk azie lupakan.


prestasi kesihatan azie semakin pulih maka diptetang itu dokter mengizinkan azie keluar hospital dan mendapat cuti sakit lagi selama seminggu. ariel yang membayarkan bil hospital kerana merasa bersalah terhadap azie juga menghantar pulang kerana family azie sudah menanti dirumah dan desmond pula ada hal yang perlu disetalkan....


tiba dirumah azie terus masuk kekamar yang dirinduinya. dia juga tidak berdendam dengan ariel kerana bukan ariel sengaja melakukan perkara tersebut. semua yang terjadi perkara yang tak dijangka... maka azie tidak menyalahkan ariel.

dikamar azie terlena diatas katilnya yang empuk. mungkin kesan ubat dihospital tadi membuatkan azie mengantuk.... ariel yang menatap wajah ayu azie didalam lena menarik nafas lega setelah melihat azie sihatdan semain pulih. namun hatinya muskhil dengan desmond yang tiba2 ada masalah perlu disetalkan. kerana panggilan telefon yang diterima oleh desmond bagai ada benda yang betol2 mustahak. apakah desmond ada masalah? anak muda itu perahsia.. mungkin dia akan mencungkil masalah desmond kerana kalau boleh dibantu dia akan membantu.

bab 4

dipagi yg suram itu.. keadaan hospital agak kelam kabut setelah azie yang sudah 2 hari tidak sedarkan diri tiba2 diserang asma... desmond juga family azie yang ada.. merasa takut dengan keadaan azie.. bimbang kalau azie terjadi apa2...
tidak smpai berapa minit dokter yang bertugas merawat azie, keadaan azie menjadi tenang semula... namun masih tidak sedarkan diri.... kata dokter azie tidak sedarkan diri kerana emosi yang takut.. azie memerlukan bimbingan seseorang yang boleh membuat dia kembali bersemangat.....

areil yang dari tadi hanya mundar mandir menanti akan kesedaran azie, semakin dihimpit rasa bersalah. walau family zie tidak menyalahkannya namun baginya kerana dialah azie terlantar diatas katil itu. desmond pula setia menanti azie sepanjang azie dihospital. tidak dilepaskan azie begitu dan sabar menanti kesedaran azie. air mata semua yang hadir sudah pasti kering menanti kesedaran azie. ibu azie pula sudah mula lesu mungkin keletihan menanti azie.


"awak... bangunlah awak... kitorang rindukan awak... senyum awak.. hilai tawa awak... kenakalan awak.... awak ingat tak kat ibu awak? dia penat menanti awak... kami janji bila awak sedar kitorang akan layan kerenah awak.. tak kan abaikan awak... awak... saya janji kalau awak sedar... bila awak dah sembuh.. saya bawa awak jalan2 kat pantai... awak suka pantai kan? awak sedarlah..... jangan lemah semangat... awak kena bangkit kembali.. bangun dari duka semalam..... awak kan nak sekolah..... nak berjaya dalam spm kan? kalau awak mcm nie macam mana nak berjaya? banyak pelajaran awak akan ketinggalan... sedar awak......" sudah 2 hari desmond memujuk azie untuk bangun bukan desmond sahaja melakukan sebigu.. family azie juga melakukan begitu... namun azie tetap tidak sedar..... namun desmond setia menanti azie...


"mak cik... mak cik baliklah dulu.. biar saya jaga dia. kalau dia sedar saya telefon mak cik.."

"tak apalah des.... mak cik tak nak susahkan kamu... dah berapa hari kamu menanti dia... biarlah mak cik jaga dia hari ini."

"tak apalah mak cik... saya memang tak kisah jaga dia.. mak cik tu nanti jatuh sakit pula...." akhirnya ibu azie akur dengan kata2 desmond...


setelah semua orang balik tinggallah desmond menanti kesedaran azie dengan penuh kesabaran.. ditatapnya wajah lesu azie, tak sanggup melihat azie semakin terseksa dengan kesakitan yang ditanggung... desmond duduk disisi azie dengan perasaan yg sedih kerana tidak tahu sampai bila dia harus menatap azie yang tidak sedar diatas katil itu.....akhirnya desmond terlelap disisi azie.


sedang desmond tidur jari azie bergerak seakan dia kembali sedar.. desmond tersedar akan pergerakan jari azie.. lalu memanggil dokter yang bertugas untuk merawat azie.
desmond bersyukur kerana azie sudah sedar lalu menelefon ibu azie seperti yang dijanjikan.


namun kegembiraan tidak berpanjangan kerana azie meronta2 bila melihat wajah desmond juga wajah ariel yang cuba mendekatinya.. kata dokter akibat kemalangan hari itu azie mengalami fobia...

namun ibu azie dapat memujuk azie dan menenangkan azie. mungkin azie perlu masa untuk pulih sepenuhnya. namun mereka tetap bersyukur kerana azie sudah sedar.... dengan kesedaran azie itu mereka menarik nafas lega.....

Wednesday, April 27, 2011

bab 3

seperti hari biasa, para pelajar berhimpun untuk memulakan hari persekolahan mereka. desmond yang berbaris dihadapan tidak sabar untuk melihat kekasih hati naik kepentas untuk memulakan perhimpunan. maklumlah azie pengawas sekolah yang disegani, ditambah pula dia menyandang pangkat penolong pengawas. mata desmond terus mencari cari kelibat azie, namun tidak pula diberi kesempatan untuk dia melihat kekasih hatinya. ernie yang menyedari desmond seakan mencari azie, dan cara desmond jelas kelihatan yang desmond masih menaruh hati pada azie, merasa cemburu dan sakit hati pada insan yang bernama aziela.


"assalamualaikom dan salam sejahtera diucapkan kepada guru2 dan rakan2 seperjuangan sekalian..." mula julita didalam perhimpunan pagi itu. hati desmond yang tadinya berkobar kobar dan bersemangat untuk berhimpuan menjadi hampa dan hairan. kemana perginya azie, selama ini azie yang akan berucap dipentas itu. terdetik dihati desmond yang azie sakit namun mustahil kerana semalam dia nampak azie sihat sahaja. ernie yang terlihat akan kehampaan desmond tersenyum keriangan kerana wajah azie tidak menjelma dihari itu. sepanjang perhimpunan hati desmond gelisah. bayangan azie tidak juga kelihatan dimana2 ceruk sekalipun.

setelah perhimpunan selesai desmond melangkah lemah menuju kekelas...

"desmond kau kenapa jalan macam tak bermaya?" tanya zali kawan sekelas desmond yang terperasan akan kelemahan desmond dalam perjalanan.

"aku pelik aku tak nampak azie." balas desmond tanpa selindung. muka zali agak berlainan kerana dia tahu bahawa antara azie dan desmond sudah tiada apa...

"aku tahu ko nak cakap apa.. aku still sayang dia.." akui desmond kerana dia tahu apa yang berlegar dipikiran zali...

"desmond!!" hannah memanggil kuat nama insan yang amat dimarahnya. hannah melangkahkan kaki dengan pantas supaya cepat tiba dihadapan desmond.

setibanya dihadapan desmond.. hannah memberikan satu tamparan kuat dipipi desmond. desmond tak sempat berkata apa..

"kau memang lelaki kejam! kau samggup buat azie macam tu... kau tahu tak dia bertarung nyawa dihospital sekarang nie? kerana kecewa dengan sikap kau dan ernie!" dengan pengakuan hannah membuatkan desmond tidak berkata apa lantas berlari keluar sekolah untuk pergi menjenguk azie dihospital. mengapa azie masuk hospita, apa sakit yang dihidapi azie? bagaimana keadaan azie? semuanya bermain dipikiran desmond.



dalam perjalanan desmond diselubungi kegelisahan. kereta yang dipandunya hilang tumpuan. mujur dihari itu dia tergerak hati untuk membawa kereta jika tidak pasti susah untuk mendapatkan bantuan teksi.

setelah memarking kereta dihadapan hopital... desmond berlari menuju kaunter pertanyaan. namun belom sempat desmond bertanya desmond terpandang ariel yang sedang menuju kelif. dikejarnya ariel yang tidak perasan akan kehadirannya.
"ariel...kau tengok azie ke? dia kat mana? macam mana keadaan dia?" bertalu talu soalan yang diajukan sampai ariel tidak tahu mana satu yang harus dijawab..."

"bertenang des... azie ada kat icu.. bersabarlah tenangkan fikiran kau dulu..." ariel cuba menenangkan desmond.


"bertenang kau cakap? azie kat icu!!!! kau nak aku bertenang? macam mana aku nak bertenang? kau tahu tak icu tu tempat orang yang sakit kritikal?" berlinangan air mata desmond dan hatinya tidak tenang selagi tak tahu dan nampak keadaan azie.


setibanya dibilik rawatan azie, semua yang hadir kelihatan sungul diwajah masing. desmond menghampiri ibu azie yang berada dikatil azie yang sedang terbaring kaku diatas katil.
"des.... azie des...." ibu azie tak mampu meneruskan ayat kerana linangan dan sebak didada tidak dapat ditahan lagi. bahu ibu azie disentuh lembut oleh desmond yang cuba menenangkan hati ibu azie walau dihatinya sendiri tidak dapat menahan kepiluan. siapalah yang tidak tersentuh melihat keadaan azie... sudah lah kurus ditambah pula dengan beberapa wayar yang dicucuk ditubuhnya. wajah azie yang amat pucat membuatkan desmond tidak dapat menahan kepiluannya. air matanya menitis dengan dera. tidak tahu apa punca azie terlantar disini. desmond menatap wajah ariel dengan memohon ariel memberi jawapan pada soalan yang bermain dipikiranya.

ariel membawa desmond keluar dari bilik rawatan azie untuk menceritakan apa yang terjadi...


"des ini semua salah aku... kalau aku tak bawa azie keluar pergi makan malam tu pasti ini semua tak kan terjadi... malam tu aku bawa dia pergi makan kat setia tropika.. dalam perjalanan balik dia minta aku bawa pergi bazar kat bandar jb. aku bawa tapi dalam perjalanan balik kereta aku tayar pancit. sedang aku tukar tayar ada beberapa lelaki datang menghampiri kitorang... aku ingat dorang nak membantu tapi nak merompak des... mulanya diorang tak nampak azie kat dalam kereta. tapi diorang dengar jeritan azie tengok aku kena pukol, diorang terus cuba merogol azie... mujur pada masa tu tak sempat buat apa2 sebab kebetulan peronda sedang meronda.. kesian azie diorang sempat pukol azie.... dokter cakap azie banyak kehilangan darah.. kepala dia juga ada pendarahan.. paling teruk pinggang dia terhantuk kuat.... semua salah aku des...." ariel begitu kesal dengan apa yang berlaku pada mereka lebih lebih lagi pada azie.

desmond yang mendengar akan cerita ariel tak mampu buat apa2 hanya mempu menitiskan air mata.... namun mereka masih bersyukur kerana azie masih selamat.

dihari itu desmond dengan rela hati menjaga azie dihospita. namun sepanjang dihospital azie tidak menunjukkan tanda tanda sedar dari koma. desmond semakin terasa perit melihat keadaan azie.



"des... bangung des..." desmond terjaga dari lena nya setelah sepanjang malam menanti azie sedar namun azie tak juga sedar sehingga desmond terlena...

"maaf kan des mak cik..." ibu azie menghadiahkan senyuman manis walau diharinya cukop sayu melihat keadaan azie.
"tak pe desmond penat tue. pergilh balik. nanti makcik akan bagitahu des perkembangan azie.

sebelom desmond balik sempat lagi dia memujuk hatinya.

"azie... saya balik dulu.. petang saya datang lagi.. saya harap awak dah sedar bila saya datang ye.... saya akan menanti perkembangan awak....." menitis air mata ibu azie bila mendengar akan pujukan desmond terhadap anaknya yang tidak sedar....

Thursday, March 31, 2011

bab 2

dipetang yang damai itu, azie seronok menghabiskan masa dengan memberi ikan kesayangannya makan dikolam yang terletak di halaman rumahnya. sedang azie seronok melihat ikan2 dikolam berebut mendapatkan makanan azie, didatangi aril. aril menghadiahkan senyuman manis untuk azie, namun azie hanya bermasam muka mencuka....

"adik... jangan terus macam nie... risau abang tengok..." jelas kerisauan dinada aril
" abang... semua dah berlalu pergi... pergi bersama chinta adik yang sudah didustai." aril memangdang tepat kewajah azie yang jelas ada kesuraman yang entah bila akan berubah kepada periang seperti dahulu. pandangan aril yang lembut, berkaca mata yang tenang, jelas terpancar ingin melihat kebahagiaan azie kembali..." alangkah bagusnya jika aril itu abang kandung azie" pasti mereka lebih rapat dari itu.

"dik, tengok air kolam ni,nampak tenang kan? tapi cuba adik kacau airnya... hanya dengan 1 jari sahaja ia telah menghasilkan ombak. ni kan kita manusia biasa? mungkin ada sebab semuanya berlaku..." azie merenung air kolam lalu mengacaunya dengan 1 jari seperti yang aril katakan tadi, hanya 1 jari sahaja ombak kecil telah terhasil. namun bagaimana harus azie tabahkan hati, melihat mann bermesra dengan ernie dihadapan matanya ditambah pula ernie tu azie sudah anggap kawan baiknya sendiri. masih tergiang warning yang diberi oleh mann tempoh hari. air mata azie mengalir dengan sendirinya. aril hanya membiarkan air mata azie mengalir sepuasnya supaya esok tiada lagi tangisan itu dilihatnya.
abang... azie tak larat dengan dugaan ni... mereka berdua bermesraan dihadapan mata azie, cuba abang bayangkan abang ditempat azie, apa perasaan abang? abang hanya dapat melihat, namun yang merasanya? azie bang.. azie..." dengan tanpa sedar azie memeluk tubuh aril dengan tangisan yang amat sedih. aril membalas pelukan azie kerana dia sudah anggap azie seperti adik kandungnya sendiri....


"adik.. jangan macam nie. dihadapan mereka adik kena kuat... buktikan pada mereka yang adik tak lemah, makin azie tunjukkan kelemahan azie, makin tulah mereka akan buat azie merana. abang tahu azie sayang mereka malahan ernie juga rapat dengan azie kan?" aril cuba memberi kata semangat pada azie yang bagaikan hilang kekuatan.

"apa abang? tabah kan hati? maksudnya dihadapan mereka azie kena kuat walaupun sebenarnya azie lemah?" azie merenung tepat kewajah aril inginkan kepastian.

"iye sayang... macam ni dihadapan mereka azie kena tunjukkan yang azie boleh berjaya tanpa diorang, dan azie lebih kuat dari yang diorang sangkakan." balas aril dengan senyuman keriangan. kini azie mula paham maksud aril, dengan serta merta senyuman kepastian terukir dibibir azie yang tadinya kemurungan. aril merasa lega melihat senyuman itu.
"okay nice your smile... so nak ikut abang tak? nak ambik kak shah?"
"ermmm x nak lah.. x nak kacau daun hehehehe" sebelom aril meninggalkan azie, sempat dicubitnya hidung azie.


dimalam itu azie menghabiskan masanya dengan membaca novel cinta dijendela sepi. memang itulah hobi azie dengan membaca novel dapat menghilangkan tekanan. sedang azie membaca novel, tiba tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. dilihatnya screen terpampar tiada nama hanya no tel ini bermakna no itu tiada dalam simpanannya..

"hello..."
"hello, hye happy jerk? dah lupakan saya ker?" dengan mendengar suara tersebut, azie menjadi tak keruan, perasaan bercampur baur, sedih, gembira dan sebagainya. tak sangka ingat juga dia untuk telefn azie?
"kau nak apa lagi? tak cukop lagi ke dengan apa yang kau dah lakukan? kau lupa? kau yang cakap kat aku jangan ganggu korang lagi. so aku tak ganggu korang kan? apa lagi yang ko nak?" jelas kedengaran tawe mann yang amat dirindui azie.

"relaxlah azie.. aku telefon ni pun hanya nak bertanya kenapa kau tak pergi sekolah tadi?" soalan yang diajukan sememangnya membuat azie semakin tidak faham. pelik rasanya xbf bertanyakan soalan yang seakan mengambil berat tentang dirinya. mungkin ada maksud yang tersirat dan tersurat atau mungkin juga ini 1 permainan.

"yang kau nak tahu ni kenapa? bukan urusan kau untuk tahu hal aku. antara kita saling tak mengenali"azie mula marah dengan cara mann yang membuat dirinya keliru.

"aku nak tanya kau 1 soalan. aku nak kau jawab dengan jujur.... kau boleh ke lupakan aku? aku tak rasa kau boleh lupakan aku, sebab aku tahu kau still sayang aku." azie semain buntu dengan kata2 mann

"what? kau cuba memperkecilkan perasaan aku? kau kenal aku kan? aku boleh buat kalau itu yang kau mahukan. yup memang aku still syg kau.. tp itu kebodohan aku menyayangi lelaki macam kau.. dan aku akan cuba padamkan perasaan tu..... lagi sekali aku akan cuba.... apa yang kau dah buat depan mata aku cukop membuat aku bencikan kau!"

"oakay know tell me u hate me!"


azie terus mematikan talian. mustahil masa ni azie menyatakan seperti yang mann mahukan.


dihati mann pula masih tercari cari cara untuk membuat azie benci padanya. namun cinta azie yang kuat untuknya mustahil boleh menghasilkan kebencian. arghhh azie... kenapa harus ini terjadi? maafkan aku terpaksa melukakan mu..... hati ni sakit melihat air mata mu......



yang indah itu sementara yang seksa itulah berpanjangan rasanya, mungkinkah itu lumrah dunia? wahai burung.... aku ingin menjadi sepertimu bebas tanpa halangan... mengapa aku diletakkan kejalan yang sesat sebegini? azie merintih pada burung2 yang bertebangan.
"hai termenung jauh nampak." sapa mann kepada azie, insan yang amat dirinduinya, melihat kemurungan azie amat menyeksakan dirinya, namun dia terpaksa buat begitu supaya azie cepat membencinya.
azie yang bagai tidak percaya akan kehadiran mann hanya menjeling wajah insan yang amat dikasihinya.
"awak buat apa kat sini?" azie cuba acuh tak acuh.

" plez... aku tak nak gaduh dengan kau, aku akaui aku juga tak boleh hidup tanpa kau, kehilangan kau membuat hidup aku kosong, sepi, dan gelap. selama ni aku cuba buang kau dari hidup aku tapi tak berdaya." mann meluahkan apa yang terpendam.


"habis tu kenapa kau buat aku macam ni tanpa alasan? cinta bukan untuk sakit menyakiti, kau tahukan aku letih dengan perjalanan kita yang macam ni? betapa terseksanya aku melihat kemesraan korang dihadapan mata aku sendiri. dia kawan baik aku mann... kau tahu aku cuba benci korang, tapi kebencian tue tak ada pada aku. ya betol kata orang aku nie bodoh, orang dh buat aku mcam2 pun aku still sayang korang." mendengar keluhan azie dan melihat titisan air mata azie membuat mann begitu terseksa dan merasa bersalah kerana membuat wanita yang dikasihinya bersedih. dengan lantas tubuh azie yang kecil didakapnya seerat. azie membalas pelukan dengan lebih erat kerana tak mahu berpisah lagi.


"saya akan tebus kesalahan saya, jangan nangis lagi dan saya akan bayar kembali titisan air mata awak."


"saya sayang awak..." azie menangis dalam senyuman.....

Tuesday, March 29, 2011

bab 1

malam yang sepi diulit pula dengan bunyian cengkerik, menghiburkan suasana malam yang sepi lagi sunyi, ditambah pula dengan angin malam yang menusuk kesetiap ruang dan tulang badan yang agak lesu. diikuti pula dengan lagu lagu yang mengusik jiwa, terasa hati dengan baris baris lirik lagu yang secara automatik menyentuh pengalaman yang pernah azie alami. jari jemari azie tidak berhenti menaip, berbagai idea yang datang bermain dipikiran. namun peristiwa yang menyayat hati petang tadi tetap tidak dapat azie lupakan. entah mengapa semakin azie ingin melupakan semakin terkenang kenang peristiwa petang tadi. mungkin kerana kebodohan azie mempercayai lelaki, yang sememangnya tak patut dipercayai. akan azie buktikan kata kata azie sian tadi akan menjadi kenyataan dan bukan gurauan. juga akan azie buktikan tak semua perempuan boleh dan senang diperbodohkan oleh lelaki yang sepatutnya digelarkan JANTAN!. azie keliru dengan perasaannya sekarang, dendam ke?, benci ke?, marah ke?, atau sedih?. azie juga tidak tahu nak buat apa buat masa ni, menangis? ketawa? atau buat tak tahu?. sememangnya azie merasa marah dengan apa yang telah berlaku, namun azie juga tak menafikan yang dia juga berasa sedih kerana kasih sayang yang selama ini dia curahkan kepada seorang insan yang sepatutnya tak layak diberi kasih sayang. setiap tohmahan yang dilemparkan meninggalkan kesan yang mendalam. namun azie masih tidak sampai ketahap anti kaum lelaki. mungkin selepas kejadian tadi azie akan lebih berhati hati untuk memilih pasangan.

kalau difikirkan kembali, ada baiknya mereka menghabiskan hubungan mereka petang tadi. selama ini pun hubungan mereka tak semenarik romeo and juliet. rasanya kucing dan anjing pun kalah dengan hubungan mereka, yang sentiasa berantakan. kesedihan memang ada, namun azie cuba menabahkan hati dengan menaip apa sahaja yang terlintas dipikirannya buat masa itu.

"azie... ada panggilan dari mann....." suara emak mematikan lamunan azie.

"arghhhh insan yang bernama mann lah yang membuat azie jadi begitu."dengan lang yang amat malas dan lemah azie melangkahkan kaki menuju ke meja telefon. tangan merasa amat berat untuk mengapai ganggang telefon, namun dikuatkan juga semangat.
"emmm... nak apa cakap lah cepat..." mula azie dengan suara yang tersekat sekat.
"saya nak awak jangan kacau ernie lagi! memang kitorang couple, so lepas nie saya tak nak awak ganggu hubungan kitorang lagi paham?" amaran yang diberikan amat memeritkan. tanpa membuang masa azie meletakkan ganggang telefon dengan menghempas agak kuat. dengan perasaan yang amat marah dan sedih azie melarikan diri kedalam kamara, dikamar azie menghempaskan tubuhnya ke tilamnya yang empuk. dengan tanpa dipinta air matanya mengalir dengan deras, terasa perit dengan kata kata mann tadi. tak ada hatikah insan itu membuat azie sebegitu?

"jantan sial!!!! semua betina kau nak sapu! lepas sorang sorang kau ambik, kau buat perempuan macam berganti baju...." maki azie sambil membaling teddy bear pemberian mann kelantai.

"lin.. ambik aku pukol 12 nie, aku nak join korang pergi EJ" azie membuat keputusan dengan agak singkat. baginya dengan pergi kelab malam akan dapat menghilangkan keperitan yang dirasainya sekarang.
"okay nanti aku datang ambil. kau okay tak nie?" tanya lin kerana dia mengetahui akan kejadian petang tadi.
"nanti aku citer k take care." azie mematikan talian lalu bersiap siap untuk pergi menghilangkan kebosanan dan kesedihan. bagi dia kini dia boleh buat apa sahaja yang dia suka, kerana dia kembali solo tidak lagi bergantung pada keputusan mann. memang bodoh dulu dia sentiasa mengikuti kata kata mann akhirnya mann tinggalkan dia hanya untuk ernie, seorang kawan yang diharapkan namun telah menjerat dirinya sendiri. salah ernie kah? atau mann? arghhh bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. kemana dia mahu pergi atau apa sahaja yang mahu dilakukan tiada siapa yang akan melarang kecuali familynya sahaja. namun family yang ada pun masih tidak menegurnya kerana mereka tahu azie tak akan menghampakan mereka.

seperti yang dijanjikan tepat jam 12 tengah malam lin datang bersama abang abang nya. memang mereka ke kelab malam namun bersama abang abang lin yang sememangnya sporting. nama nak kuar pergi kelab malam dengan orang lain? hermmmm sorrylah bukan mereka ber2 suka suka ikut orang tak tentu pasal.

"helllo azie... how are u?" mula aril, antara abang lin yang rapat dan sentiasa ambil berat tentang azie.
"hello bro.. im okay but just have small prob..i think i can handle..."balas azie dengan senyuman yang amat pahit dan sememangnya amat pahit untuk tersenyum diwaktu itu.
"kalau dah lepas tu dik, biarkanlah, mungkin bukan jodoh you alls, mana tahu malam ni adik dapat yang lebih baik dari dia." balas aril yang juga mengetahui kejadian petang tadi dan juga segala masalah azie dia akan tahu kerana azie akan kongsi dengannya. dan dia jugalah penasihat azie.
"ko ok kita lupakan masalah ni seketika, yang penting malam ni kita enjoy. "balas daniel abang lin juga, daniel seorang yang memang tak suka memikirkan masalah. ada masalah pun buat tak tahu sahaja itulah daniel namanya. azie hanya tersenyum pahit, kerana baginya buat masa ni memang tiada senyuman yang manis dapat diberikan. dalam perjalanan bermacam macam topik menjadi perbualan mereka, azie hanya mendiamkan diri sahaja, mereka ketawe azie pun ikutlah ketawe. kerana baginya tiada yang menarik perbualan mereka kerana otaknya tidak ligat dimalam itu.....